Helo bro sister
helo abam2 hakak2
helo pakcik2 makcik2
helo semua
Helo dan salam untuk semua yg aku tak kenal
Kita ni hidup utk saling kenal mngenali
aku cuba dekatkan diri aku dgn community luar
aku nak cuba selami setiap org yg ada perasaan
yg juga boleh cuba paham aku
tapi kawan sendiri salah mentafsir diri ini
apakan daya
aku Cuma manusia
Satu hari yg indah seperti hari lain
aku positif kan diri dan
bersemangat ke kelas
tegur semua yg selisih dgn aku
yg kenal mahupun tidak
tertanya aku mendapat respond yg baik
setiap senyuman sangat berharga
antara bermacam2 ubat,
aku pasti senyuman mampu menyebuhkan luka aku
Namun hariku tidak lah indah sampai ke petang
aku punya kelas takseindah and langsung tidak berseri
mungkin cuma aku berasa begini
tidak juga kenyataan aku ini salah
aku cuba menegur si minah bla bla
bertnyakan khabar, ‘Hi’
namun respon nya seperti aku bukan sesiapa dan tidak selayaknya mnegur beliau
apakah kau ingat muka kau santekkkk sangat?
aku amik langkah yg sangat positif dan drastic utk memulakan lemabaran baru
namun, hmmm tidak berhasil
Aku tidak sedih kerana ada juga species yg membenci aku
membenci secara berdepan alangkah lebih indah
namun kebencian yg kau tatang membusuk di dada
sekaligus membusukk di mulut,
mengeluar and menyebarkan fitnah tentang aku dan lain2
adakah tidak kau muhasabah dulu apa yg kau ingin cakap tu betul?
apa kau pikir kau burukkan aku,
kau gembira ya?
moga kau dalam barakah Allah ya kawan
aku sedar kau sememangnya bukan kwan yg aku boleh gelar sahabat,
kerana aku sendiri tidak berupaya membawa kau supaya lebih dekat
dengan Nya begitu juga kau yg tidak berbuat yg sama dgn aku
ya Allah, ampunkan akuu
akuu seringkali terpikir bagaimana mahu lebih proaktif untuk membantu dunia
menuju akhirat dengan jalan yg betul?
andai kau tahu, bantulah akuu
aku cuma sedih bila kebencian itu sekaligus memadam kan ukhwah yg pernah terjalin
antra kita
adakah aku seburuk yg kau sangka kan?
aku jua punya hati dan perasaan
aku berharap, dosa
Jua di suatu hari indah yg lain
aku meminta pertolongan dengan sahabat ku
yakni aku yakin dia sangat baik sepanjang tempah aku mengenalinya
aku meminta pertolongan beliau kerna aku sngat yakin dengan kata hatiku
Namun benarlah yg indah hanya sementara
ini kah hari di mana Allah perlihatkan aku dunia ini sementara?
aku sedar akan kesementaraan yg kita pinjam ini
aku seakan tidak percaya dunia ini yg lebih kau pentingkan dari aku,
yg gelar kau sahabat?
aku punya hati, dimana aku sayang dan pentingkan hati kau wahai sahabat
namun kau belot, kau pilih dunia
yg dunia kau cuma ada kemasyuran sementara,
yg punya kawan bertopeng-kan jembalang dan hantu keparat
begitu jua laki yg kau puja, romeo yg tak akan aku pernah suka
semua tu juga akan tinggalkan kau bila kau susah kelak
aku doakan kau sedar
Aku tak kisah apa yg kau perbuatkan
cehh tertanya aku pembohong yg dayus
aku tidak mampu berbohong dan terus membohong atas kelakuan kau
kau jahat dengan aku setelah sekian lama kita kenal?
dimana kau sorok kebabian yg kau punya 2tahun dulu?
Aku marah, bersama syaitan yg menghasut, marahku sangat mengganas di dalam
namun aku tidak sedikit pun aku memarahi kau
malah aku berterima kasih, kerana sedarkan aku kau punya syaitan di hati
harus kau sedar, kau tidak patut biar syaitan bermaharajalela
aku redha, aku syukur dan aku menangis sendirian
kau memperlakukan aku sebegitu
seumpama aku tidak punya perasaan
di mana kah nilai keikhlasan kau di saat kau menolong aku awal tadi?
Lesap! Hilang, malah adakah ikhlas itu pernah ada?
kau berang dan membiarkan aku membuat keputusan dan nilaian atas diri kau
sendiri
ya kau sangat jahat,
mungkin itu sebab kenapa kau tidak punya ramai sahabat
kau cuma punya kawan,
kawan yg tidak bernilai, yg cuma ada bila kau ketawa
yg cuma adaa bila kau kaya dan mewah
Aku bersyukur kerana kenal topeng kau sebelum musibah
lain yg lebih teruk
tima kasih kerana tunjukkan belang, dendam kesumat kau
aku tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk
lalu aku diamkan saja
walaupun sewajarnya aku betulkan
itu kan tugas seorang sahabat?
tapi, sudah tidak perlu aku gelar kau sahabat
sekaligus menghilangkan rasa tanggungjawab aku ke atas kau
lepas ni, kita cuma kawan atas dasar kasihan
aku kasihankan dikau,
lalu biar kau hanyut bersama dunia kau yg sementara
usahlah bongkak wahai kawan
kau jua akan merasa bagaimana kasut aku ini
sakit dan pedih yg bagaimana
atau mungkin kau tidak selayaknya berada di kasut aku ini
kasut yg sudah lama berpantang arang,
berparut dan koyak rabak yg tunggu masa untuk dibuang
yaa itu kasut aku
aku sudah lama bertahan dengan kasut sebegitu rupa
dengan kudrat shj? tidak sama sekali aku bisa sampai ke tahap ini
aku punya Allah untuk aku berjaya dan terus berjaya
kau tidak punya peluang untuk bersyukur?
lantaran dunia membutakan mata kau
hidupkan jiwa kau kembali, selami akhirat yg kian menjelang
aku sayang kau kawan,
moga kau selalu dirahmati-Nya
moga kau berjaya dalam hidup, kawan
yang ikhlas,
aku