Current updates:
Aku penulis ceritera hidup dari kaca mata aku, kadang boleh diterima akal dan fikiran, kadang juga hanya aku yg setuju dengan pendapat aku. terserah apa yg ada di fikiran kalian, asalkan kalian bahgia !

Wednesday, 12 November 2014

Kawan atau sahabat?


kau tahu apa beza kawan dan sahabat?
kau mungkin sja punya ramai kawan, kawan yg mana cuma ada bila kau bersuka ria, dan menghilang kala dikau berduka lara, namun lain pula definisi sahabat bg aku, sahabat selalu ada saat aku susah dan senang, tapi malangnya aku tak punya sahabat dalam bilangan yg ramai, tapi aku tetap bersyukur, kerna sahabat yg aku punya adalah kerna pinjaman dari Allah swt. alhamdulillah

mari aku kongsikan apa itu arti kawan dan sahabat pada aku.
aku jua punya sahabat, yg mana watak dan tingkah laku dia sgt berbeza dgn aku. yg mana aku sangat kasar dan garang, dia pula sebaliknya, sangat ketara perbezaan yg ada, dan kebanyakan yg sudi brkawan dgn aku bukan karna aku baik tentu sekali bukan kerna aku pndai, bukan jua krna harta duniawi yg tidak aku miliki, mungkin karna simpati dengan aku? hmm

bila mana kau punya kawan, adakah kita berkwan cuma setakat kawan utk di dunia shja? mahupun akhirat? tentu sekali semua mengharapkan kawan yg boleh bersama mengajak kita menggapai SyurgaNya. yg mana bila kita jatuh ada kawan yg tolong bangunkan kita, bila mana kita bersuka, tidak pula dia iri hati dengan kita, malah saling mendoakan agar kebahgiaan yg sama dapat dirasai jua, yg mana bila kau seakan hilang arah, dia pulihkan hari mendung dan datangkan pelangi, bila mana kau sunyi, datang si dia cuba melakonkan bermcam hal dan gaya cuma karna ingin buat kau gembira semula, ya Allah sahabatku sangat berharga, ya kawan dan sahabat sngat memainkan peranan yg penting dlm hidup manusia, yakni aku pn jua

namun, panas yg ku sangka smpai ke petang, rupanya hujan shj yg berpanjangan, aku jatuh. aku jatuh dari awangan yg takdapat kau lihat dan dipikir dek akal, yg sakitnya tidak perlu kau tahu. pernahkah rasa bilamana kau ingin sesorang utk memahami namun tak terluah di mulut, bila mana yg sakitnya terasa dihati dan air mata sj yg memahami, bilamana kau cuba brcerita seakan ia takmampu terucap, bilamana kau cuma ingin sahabat kau ada dikala itu namun hakikatnya sahabat juga bisa hilang bilamana kau sngat2 perlukan diaa

aku punya sebab kenapa aku begini, mohon sebaiknya kau tidak serkap jarang dengan andaian yg takkan pernah betul dan menimbulkan fitnah sekaligus kemarahan aku, ya aku sangat marah bilamana kau taktahu pokok pangkal cerita namun kau cuba ambil pendekatan yg tidak ber-fikiran jauh, dan terus mendabik dada kau bilang aku begini dan begitu, mungkin kau belum rasa di kasut aku? berapa ratus kali harus aku bahaskan kembali yg kasut kau takmungkin sama dgn kasut aku, jdi cuba hadam dan terima ini sebagai benteng supaya kau tidak lagi membuat kesalahan menghakimi orang lain. ya aku jua paham kau yg selembut bidadari, seumpama wanita melayu terakhir, yg mana aku lupa aku perlu hipokrit bila brcakap dgn kau, yg mana aku perlu berkias supaya hati kau tak tercalar dgn perbuatan dan perkataan aku. lalu aku jadi bingung, kenapa aku perlu hipokrit demi sahabat aku sendiri? adakah bila aku berkias sebegini rupa kau akan mengerti? jika kau bisa mengerti lalu mengapa bersifat prejudis bilamana aku brbahas dalam bahasa penjajah? kau lupa aku adalah si cenderung dgn bhasa lain. kau tidak akan paham mana2 bahasa yg aku bahaskan, tau kenapa? kerna hati kau dan hati aku tidak lg sehaluan. jarak kita menjauh, lalu jgn cuba kau katakan kau phm apa yg trjadi pada aku, bila mana aku jua tidak phm knpa kau snggup brkata sedemikian rupa pdaku. ya aku salah atas pembahasan aku dlm bhsa penjajah yg membuatkan kau salah pham dan terasa hati, namun kau jua tidak perlu sekolah-kan aku dimana ada suatu masa aku takperlukan nasihat, yg mana aku cuma perlukan hati dan telinga utk kau dngar dan phamkan, namun kau kau mahupun kau tak pernah adaaaaa

pernah rasa bagaimana hati kau berkecai2, remuk rendam, sakit yg bukan kepalang, namun sikit pun kau tidak mahu kongsikan dengan siapa pun jua, yg mana kau tanggung sendirian dengan cuba menipu sendiri, yg mana malam kau menangis berseorangan dan perit kau rasa bila hari baru tiba sedangkan semalam baru saja kau tidur berteman kan air mata? di mana kau akan pendam sekaligus memakan diri kau sendiri, aku mohon kau mengerti. aku bukan lagi aku yg dahulu. tidak perlu kau tanya mengapa dan bagaimana, krna kau jua penyebab aku begini. 

akhir kata, maaf andai kau menitiskan air mata karna kata2 aku yg tidak enak sbelum ini, wlaupun sebenarnya hanya dari penulisan aku shja bisa membuatkn kau menangis, maaf sahabat. wlau mcm mana aku marah dgn kepayahan aku meminta maaf, aku tidak lupa yg kau akan tetap ku gelar sahabat dunia dan akhirat. aku tidak pernah lupa kebaikan kau pada aku, kau baik tapi terlalu baik utk aku, aku sedar aku adalah cerminan yg sngat berlawanan namun aku bukanlah beremosi tidak bertempat, asal kau tahu bonda aku jua terima aku seadanya, jadi takperlu lah dikau lebih terasa hati pula. aku tidak suka meminta maaf berulang kali, dimana maaf yg mengandungi keikhlasan yg teristimewa hanya di permulaan shja, jadi berhentilah berulang kali meminta maaf. satu saja aku pinta, mohon kau jauhkan diri dr aku andai kau tidak blh terima aku seadanya, aku terima dan redha atas kekurangan aku, jadi  tak perlulah kau meng-update status, insta, mahupun blog hanya utk memerli aku kawan, aku jua punya hati. takperlu kau sindir aku dalam laman sosial bila mana kau penakut utk berdepan dgn aku? aku bisa saja berbuat yg sama sperti kau, mg-update status, menukar profil picture cuma kerna marah yg berleluasa, tapi tidak sedikit pn aku terlintas utk berbuat demikian, kerna apa? fikirkan lah kawan, apa kau seorang kawan atau sahabat yg blh aku gelar sahabat aku yg paling berharta? fikirkanlah.

Sunday, 2 November 2014

kita ♥


Alhamdulillah
harini aku rasa sendiri sakitnya jatuh, mungkin kalau habit kau selalu jatuh kau takkan rasa macam mana aku jatuh. bunyi remuk kecamuk yg kau takkan dapat rasa dan dengar, remuk bukan lagi sekadar bunyi pinggan pecah mahupun bunyi dikala kau jatuh tangga, mungkin juga bukan bunyi jatuh yg kau sangka sekadar tangisan yg kedengaran, tidak. apa yg aku rasa adalah remuk yg berterusan, bunyi yg akan selalu berlagu di luang legar hati ku.

harini aku jatuh tersungkur dan berdarah. harini di mana aku sedar angan2 memang tak brguna, it keeps me alive even when i am dying inside. tapi harini jugak hari dimana hari terakhir aku akan rasa macam nii, hari di mana aku rasa aku bangun dari mimpi indah, hari di mana aku cuba hadapi semuanya seorang diri, hari di mana aku lemah sendiriann.

aku belajar bangun sendiri walaupun kau yg tolak aku jatuh, namun sikit kau tak paling, malah kau sombong atas muka bumi yg brpaksi kan langit yg sama. kau akan rasa sendri sakitnya berada dalam kasut aku ketika itu. moga kau berjaya di luar sana, yg mana dunia memang mengubah perspektif yg kau punya suatu masa dulu, yg mana dulu kau tidak sibukkan dunia seperti mana kau sekarang, yg mana kau dulu sangat prihatin dan periang namun lantaran kau sibukkan diri dengan dunia, aku jua mangsanya? ya Allah moga dunia tak kau jadikan peneman hidup. dunia sangat indah bila mana kau berada di awangan, tapi ingat lah mungkin harini hari kau berada di atas, mungkin jua hari yg kau angkuhkan sngat takkan ada lagi nanti. aku jua pelajar seperti mu, aku jua rasa pahit manis belajar, namun tidak aku perbuatkan dikau seperti mana kau buatkan aku, aku bukan marah tapi aku kecewaa

Ya,
aku boleh bangun sendiri, 
aku bukan takpunya akal utk pikir apa yg baik dan betul
aku bukan cengeng yg lemah 
aku cukup kuat bila mana aku redha dan pasrah
kerna aku tahu Allah punya perancangan yg lebih baik utk aku
aku yakin dan percaya

kau takmungkin akan rasa, 
walaupun berulang kali kau bilang kau pernah rasa yg sama,
tapi tetap takkan sama. kenapa?
kerna itu kasut kau, bukan kasut aku.
masing2 punya cerita tersendiri, 
di mana aku takada di saat kau bahagia,
jangan datang di saat aku jatuh,
cukuplah sekadar gelak tawa kau yg aku dengar dari jauh
itu sudah cukup membantu.

Kau tahu apa itu kuat?
kuat itu apabila kau menerima takdir dan ketentuan. tanpa kau tanya kenapa dan mengapa, kau redha kan segalanya. kerna kau taktahu rahsia Tuhan. Alhamdulillah, aku redha ♥